Monday, March 16, 2009

Nik Aziz anggap cadangan kerajaan campuran tidak perlu

KOTA BHARU, 15 Mac (Hrkh) - Mungkinkah boleh berlaku negara tanpa pembangkang. semata-mata mahu mengurangkan ketegangan politik di negara ini.
Sebenarnya ketegangan politik yang semakin melampau sekarang berlaku ekoran kejayaan Pakatan Rakyat menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) di parlimen pada 8 Mac 2008.
Sedangkan BN tidak mahu menerima hakikat itu
Bagi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat peristiwa lama di mana PAS pernah berada dalam kerajaan campuran BN, kemudian ditendang keluar tidak mudah untuk dilupakan.
"Kami dah dibawa masuk dalam kerajaan campuran dulu tapi BN tidak hargai, bahkan PAS ditendang keluar begitu sahaja, akhirnya cubaan kami masuk dulu gagal, bukan gagal kerana kami, saya sudah perit.
"Selagi saya tidak puas hati dan merasa pahitnya pengalaman dulu, selagi itulah saya perit untuk menerimanya cadangan seperti itu," katanya ketika ditemui pemberita di rumah pelajar cemerlang, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal di Kampung Parang Punting, dekat sini, hari ini…

Ulasan: Masa sekarang ialah untuk bekerja bersungguh-sungguh untuk mengalahkan BN/UMNO dengan menjadikannya parti pembangkang terlebih dulu. Lepas BN/UMNO kalah barulah kita boleh berunding, kalau di anggap perlu, untuk kebaikan negara. Biar kita bina Malaysia Baru di atas kekalahan dan keruntuhan BN/UMNO bukan bersama-sama BN/UMNO yang telah merosakkan negara ini sebegini teruk.

No comments: