Wednesday, March 04, 2009

KUBURKAN PPSMI 7 MAC 2009

Hujah sudah di beri. Alasan telah di kemukakan. Dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik (PPSMI) -yang di laksanakan oleh kerajaan BN/UMNO sejak 6 tahun lalu hasil pemikiran oleh seorang pemimpin BN/UMNO tanpa sokongan pakar bahasa Melayu dan yang bercanggah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta Pendidikan 1961 dan Akta Pendidikan 1996- mesti di tamatkan. Namun, seperti biasa, kerajaan BN/UMNO mengambil sikap pekak badak. Segalanya tidak di hiraukan. Tiada tanda-tanda suara rakyat akan di hormati.

Kini sudah tiba masanya sokongan padu di tagih daripada semua pihak bagi menjayakan Himpunan Aman 100,000 Rakyat Mansuhkan PPSMI, 7 Mac 2009 depan (SABTU INI).

Bukan sahaja para sasterawan, budayawan dan cendiakawan terkenal serta pemimpin utama Pakatan Rakyat bersatu hati bagi menyelamatkan masa depan anak bangsa.

Mari bergandingan tangan dengan Dato A Samad Said, Dato Dr Hassan Ahmad, Dr Shaharil Mohd Zain, Dato Baha Zain, Prof Emeritus Abdullah Hassan, Prof Emeritus Dato Nik Safiah Karim dan ramai lagi yang bakal memeriahkan perhimpunan rakyat itu.

Fakta penting 7 Mac 2009
3 lokasi sebelum berarak: Sogo, Pasar Seni, Masjid Negara
Di galakkan guna kenderaan awam
Berhimpun jam 2 petang
Pakai baju putih
Tidak di benar sebarang simbol parti.

(di ubahsuai daripada harakahdaily)

No comments: