LUBOK ANTU 30 Mac - Pembangkang tidak mempunyai kemampuan untuk memajukan masyarakat kaum Iban mahupun membangunkan kawasan yang mereka wakili.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Joseph Mauh Ikeh berkata, wakil atau calon pembangkang yang menang dalam satu-satu pilihan raya tidak mempunyai sebarang peruntukan untuk membangunkan kawasan mereka.
Menurutnya, calon pembangkang hanya diberi elaun kira-kira RM4,000 sebagai wakil rakyat dan jumlah itu tidak cukup untuk membantu atau membangunkan masyarakat di kawasan yang diwakilinya.
''Pada masa pilihan raya, calon pembangkang akan memberi janji-janji manis tetapi jika sudah menang, bagaimana mereka mahu melaksanakan pembangunan kepada rakyat.
''Ini kerana pembangkang tiada rancangan dan peruntukan yang membolehkan mereka membantu rakyat," katanya kepada pemberita di sini hari ini…
Ulasan: Sudah lebih 50 tahun Malaysia merdeka tetapi pembangunan masih menjadi modal utama kerajaan BN menarik undi rakyat. Pada hal sesiapa pun yang menjadi kerajaan bertanggung jawab melaksanakan pembangunan kerana kerajaan di amanahkan oleh rakyat untuk menuruskan negeri dan negara. Sepatutnya pemimpin melatih kita supaya bercakap yang lebih tinggi daripada itu contohnya keadilan, kebebasan,masalah sosial, kegawatan dan visi negeri dan negara dsbnya.
No comments:
Post a Comment