Friday, March 20, 2009

Dadah, limau madu beracun

NARATHIWAT (Selatan Thailand) 19 Mac - Masalah penyeludupan dadah dan limau madu dari negara ini yang dikatakan mengandungi racun 'Ethion' menjadi fokus utama Mesyuarat Agensi Kerjasama Maklumat Sempadan (Bicam) siri 1/2009 di sini.
Mesyuarat yang melibatkan agensi keselamatan dari kedua-dua negara itu bertujuan membincangkan isu-isu sempadan Kelantan dan Selatan Thailand.
Delegasi dari Kelantan diketuai Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner II, Amir Hamzah Ibrahim dan disertai 30 pegawai dari pelbagai agensi manakala wilayah Selatan Thailand diwakili, Gabenor Narathiwat, Vinai Kuruwannapong.
Amir Hamzah ketika bercakap kepada pemberita berkata, dua isu itu menjadi topik utama perbincangan dalam mesyuarat tersebut.
Katanya, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan membangkitkan isu limau madu yang dibawa masuk ke Malaysia dan mengandungi racun Ethion berlebihan sehingga mengancam kesihatan pengguna.
Menurutnya, racun tersebut dipercayai memberi kesan letih dan kurang berselera makan.
''Masalah tersebut telah berlarutan dan kita pernah mengemukakan aduan kepada pihak berkuasa Thailand tetapi tidak mendapat perhatian," ujarnya.
Tambahnya, Jabatan Kesihatan Kelantan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang membawa masuk limau madu bagi menjamin kesihatan pengguna di Malaysia.
''Mereka yang bersalah boleh diambil tindakan mengikut Akta Makanan 1985," katanya…

Ulasan: Terima kasih kepada Jabatan Kesihatan yang begitu berhati-hati menilai import buah limau madu. Duit kita habis membeli buah limau madu yang beracun. Bagaimana pula hasil pertanian tempatan?

No comments: