Wednesday, March 04, 2009

Pemilikan premis perniagaan bumiputera hanya 15 peratus
KUALA LUMPUR 2 Mac – Pemilikan premis perniagaan di kalangan bumiputera di seluruh negara sehingga awal tahun ini masih terlalu rendah berbanding kaum lain iaitu kira-kira 15 peratus.
Justeru sebarang dakwaan bahawa kerajaan tidak berlaku adil kepada bukan bumiputera adalah tidak berasas kerana jumlah pemilikan premis peniagaan di kalangan bukan bumiputera jauh lebih tinggi.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar berkata, fakta terkini itu jelas menunjukkan yang kaum bumiputera sehingga kini masih ketinggalan dan perlu dibantu supaya sasaran pemilikan ekuiti 30 peratus tercapai.
‘‘Pemilikan ekuiti secara keseluruhan di kalangan bumiputera adalah 19.8 peratus tetapi jumlah pemilikan premis perniagaan hanya sekadar 15 peratus. Ini merupakan angka yang dicatatkan pada tahun ini…

Ulasan: Inilah hasil yang elas depan mata kita apabila UMNO di beri kepercayaan oleh orang Melayu untuk memerintah negara selama ini. Yang kaya ialah orang politik UMNO dalam berbagai peringkat. Yang menderita ialah orang Melayu. Kita terlalu lama mempercayai UMNO. Hasilnya seperti pagar makan padi.

No comments: