KANGAR 5 Mac - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mahu kemuliaan raja-raja Melayu dipertahankan ketika pihak tertentu mula mempersoalkan institusi tersebut dan juga kontrak sosial yang telah dipersetujui selama ini.
Titah baginda, institusi raja-raja Melayu berperanan sebagai pelindung kepada semua rakyat tanpa mengira fahaman politik, suku kaum dan anutan agama.
Sekiranya peranan institusi itu dihayati dan difahami dengan baik, usaha pihak-pihak berkepentingan yang memainkan isu melibatkan kontrak sosial kebelakangan ini dengan agenda sempit mereka akan dapat digagalkan, tambah baginda.
''Kira-kira 51 tahun lalu kita semua telah mengikat satu persefahaman untuk bersama-sama mewujudkan sebuah negara merdeka dan berdaulat.
''Iltizam untuk mewujudkan negara merdeka itu terbit daripada perpaduan antara raja-raja Melayu, pemimpin kaum dan parti-parti politik yang mendapat mandat rakyat," titah baginda ketika merasmikan Seminar Khas Perlembagaan Persekutuan anjuran kerajaan negeri di Hotel Putra Palace di sini hari ini…
Ulasan: Bila rakyat di permainkan oleh kerajaan BN sepatutnya institusi raja membela rakyat. Kepada sesiapa saja pemerintah soalan yang penting untuk diri: Sudahkah saya membela rakyat? Bila rakyat sudah suka, segalanya boleh. Tetapi bukan bermakna rakyat boleh di tipu, di beli dan di rasuah.
Keluarga Kugan buat laporan polis
PETALING JAYA 6 Mac - Keluarga suspek kes curi kereta mewah, A. Kugan, hari ini membuat laporan polis berhubung perbezaan keputusan antara bedah siasat pertama dan kedua yang menunjukkan mendiang mati akibat kecederaan dalaman.
Laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada pukul 11 pagi itu dibuat terhadap pengarah dan doktor patologi Hospital Serdang yang mengeluarkan keputusan bedah siasat pertama.
Bedah siasat ulangan itu dibuat berikutan rasa tidak puas hati keluarga Kugan terhadap hasil bedah siasat pertama di Hospital Serdang, 21 Januari lalu yang mendapati punca kematiannya akibat paru-paru berair. – Utusan…
Ulasan: Pihak mana pun janganlah mengganggu profesional menjalankan kerja mereka. Profesional sepatutnya berani mempertahankan kebenaran. Bila jadi penakut akan di kejar sampai mati oleh rasa bersalah mempersendakan massa..
Teliti semula bina jambatan Labuan-Sabah - PM
LABUAN 5 Mac - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengarahkan Unit Perancang Ekonomi (EPU) meneliti semula cadangan pembinaan jambatan menghubungkan pulau ini dengan Sabah supaya ia diberi keutamaan.
Perdana Menteri berkata, kerajaan memberi perhatian cadangan jambatan yang dianggarkan sepanjang 17 kilometer dengan kos kira-kira RM550 juta itu dan telah tertangguh sejak 1997.
Katanya, pembinaan jambatan itu bukan sahaja penting bagi kemudahan penduduk di sini malah akan merancakkan lagi pembangunan di pulau bebas cukai itu…
Ulasan: Asalkan tender di awad kepada yang benar-benar layak melaksanakan kerja. Selalunya tidak banyak masalah pasca kontrak sekiranya lembaga tender ikut laporan tender yang di sediakan oleh juruukur bahan berdaftar. Terima kasih QS.
No comments:
Post a Comment