KUALA LUMPUR 2 Mac - Harga petrol dan diesel di negara ini tidak akan diturunkan lagi buat masa sekarang, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad.
Katanya, ini kerana kerajaan terpaksa menanggung subsidi kira-kira empat hingga lima sen seliter bagi mengekalkan harga petrol dan diesel yang dijual kepada pengguna sekarang.
"Situasi itu berlaku kerana di pasaran komoditi, harga minyak mentah rendah tetapi di pasaran produk, harganya masih tinggi.
"Jadi ia menyebabkan kerajaan perlu membayar subsidi oleh kerana perbezaan harga komoditi dan harga produk bahan bakar itu," katanya.
Ulasan: Sayangnya kenyataan datang dari Menteri Hal Ehwal Pengguna kita.
No comments:
Post a Comment