KUALA LUMPUR, 20 Okt: "Apa salahnya saya menjadi alat kepada Islam yang merupakan the way of life?" tanya bekas selebriti terkenal, Bob Lokman atau nama sebenarnya Muhamad Hakim Lokman.
Bob ketika ditemui di majlis ceramah anjuran PAS di Taman Melewar malam tadi berkata, tidak timbul soal beliau dipergunakan PAS dan diheret ke setiap ceramah parti itu.
Namun tegasnya, apa yang dilakukan kini adalah atas kerelaan dirinya sendiri yang berazam untuk terus berjuang di lapangan dakwah bersama PAS.
"Soal dipergunakan ini, kita kena tau apa ini dunia. Dunia ini satu lapangan. Lapangan perlukan alat untuk membuka pintu akhirat dan agama alat menuju akhirat.
"Jadi orang kena fahamlah apa itu the way of life. Kalau orang tak boleh faham the way of life, maka dia menyembah dunia.
"Kita menyembah Allah, Islam itu Allah beri kepada kita untuk bagaimana kita nak guna. Bagaimana nak pakai umur, nak pakai harta kita, Islam itulah caranya...dan saya tak salah diperalat Islam untuk buka pintu akhirat," jelasnya panjang lebar.
Selepas menyerahkan borang keahlian PAS Februari lalu, Bob terus aktif menyertai program PAS, kebanyakannya diundang menyampaikan tazkirah dan sesi perkongsian pengalaman bergelumang dalam dunia artis.
Pada 10 Oktober lalu, Bob ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengikut seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Islam (Negeri Selangor) 2003 kerana didakwa menyampaikan ceramah tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat...
Ulasan: Bukan tangkap ceramah tanpa tauliah tapi tangkap ceramah yang isinya bertentangan dengan kehendak Allah dan Rasulullah SAW.
No comments:
Post a Comment