Thursday, October 27, 2011

Lulus Akta Murtad di Parlimen

Harun: Lulus Akta Murtad di Parlimen

PAS sudah tiga kali bawa undang-undang mengawal murtad di Parlimen tetapi ditolak.

(Free Malaysia Today) - Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib menegaskan bahawa untuk memastikan murtad tidak berlaku di negara ini ialah dengan meluluskan Rang Undang-undang Hudud di Parlimen dan bukannya di stadium yang turut menangani masalah hukuman riddah.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim sepertimana yang dilaporkan Utusan Malaysia hari ini.

Mashitah berkata, hala tuju perjuangan PAS kabur kerana PAS tidak menyokong Akta Murtad dan penganjuran Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Stadium Shah Alam Sabtu lalu.

Kenyataan Harun dalam Harakahdaily hari ini merujuk kepada usaha yang telah dilakukan oleh PAS sebelum ini untuk memerangi murtad termasuk membawanya ke parlimen.

Katanya, PAS sudah tiga kali membawa Rang Undang-Undang Persendirian (Murtad) di Parlimen sejak 1990 oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk mengawal murtad.

“Malangnya usul yang memerlukan cadangan daripada anggota kabinet tidak diangkat walaupun sidang Parlimen habis,” ujar beliau.

Tolak hudud tapi sokong Akta Murtad 

Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau menyokong idea agar digubal satu undang-undang khusus mengawal murtad di negara ini tetapi pada masa yang sama menyoal sama ada pihak yang menentang hukum hudud boleh menerima undang-undang sedemikian.

“Saya diminta untuk memberi respons tentang isu Akta Murtad, saya menyokong. Cuma saya musykil, bolehkah orang yang menentang hudud menyokong Akta Murtad?”, soal mursyidul Am PAS itu dalam satu mesej menerusi laman sosial Facebooknya baru-baru ini.

Sehubungan itu kata beliau, liputan berkaitan dengan undang-undang itu ”hanyalah mainan media, sampai masanya Umno dan seluruh media massa akan senyap.”...

Ulasan: Kesian UMNO ye.

No comments: