Thursday, October 27, 2011

Hudud: Biar Kelantan jadi makmal

Muhammad Faizal  

SHAH ALAM, 26 Okt: Exco Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, Kelantan harus menjadi makmal kepada perlaksanaan undang-undang syariah tersebut.

Jika perlaksanaannya gagal, maka kerajaan negeri katanya akur dengan keputusan itu manakala jika berjaya maka tidak ada alasan perlaksanaannya ditolak di Malaysia.

"Kita berharap Kelantan akan menjadi makmal kepada perlaksanaan Hudud dan jika ia gagal maka kita menerimanya jika perlaksanaan itu berjaya maka tidak akan ada alasan untuk ia ditolak dari perlaksanaannya di Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian dalam Wacana anjuran SInar Harian bertajuk "Hudud Dilema dan Perlaksanaan" di sini semalam.

Tambahnya lagi, tujuan Kelantan ingin melaksanakan hudud adalah kerana hendak menghapuskan gejala sosial dan jenayah yang ada sekarang kerana ia dilihat mampu mengurangan gejala tersebut.

"Pada masa sekarang undang-undang biasa di negara ini tidak dapat mengatasi sepenuhnya gejala jenayah dan sosial yang berlaku yang mana setiap hari sentiasa ada kes ragut, pembuangan bayi dan juga rompakkan dilaporkan.

"Bagi saya setiap apa yang di maksudkan di dalam al-Quran tentang hudud saya yakin masalah ini dapat kita selesaikan kerana hudud akan memberi kesan kepada mereka yang melakukan kesalahan," jelasnya lagi...

Ulasan: Kenapa orang Islam dinafikan hak untuk amalkan agamanya?


No comments: