Monday, October 17, 2011

BN tidak pernah memanipulasi pilihan raya umum di Malaysia?

Najib tidak tahu definisi pilihan raya adil

Harakahdaily  

KUALA LUMPUR, 17 Okt: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) membidas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyatakan BN tidak pernah memanipulasi pilihan raya umum di Malaysia supaya kemenangan sentiasa berpihak kepada parti itu.

Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor (gambar) menganggap Najib terlupa sejarah pilihan raya umum di Malaysia yang menyaksikan bagaimana BN memainkan peranan bagi memenangi setiap pilihan raya berlangsung.

“Barangkali Datuk Seri Najib tidak mengerti definisi sebenar adil menurut perspektif yang betul,” katanya kepada Harakahdaily.

Untuk itu, ujarnya DPPM ingin menanyakan beberapa persoalan yang perlu dijawab oleh Najib bagi membuktikan bahawa kenyataannnya betul.

Katanya, dalam sejarah pilihan raya umum berlangsung sejak dahulu sehingga sekarang, bilakah media milik kerajaan Umno BN benar-benar bersih daripada kongkongan parti pemerintah Umno BN.

Menurutnya, setahu DPPM, tidak pernah media rasmi negara bebas dalam melaporkan hal yang sebenarnya...

Ulasan: Penipu yang telah lama hidup dengan menipu akan sentiasa menipu walaupun orang lain sedar dia menipu lagi. Masa untuk rakyat buktikan bahawa tiada tempat bagi orang politik yang menipu. Carilah dan undilah calon yang yang berakhlak. Macam pilih menantu.

No comments: