KUALA LUMPUR 26 Okt. – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor mengingatkan orang Melayu supaya kembali bersatu untuk memastikan keselamatan negara sentiasa terjamin.
Katanya, penyatuan orang Melayu bukan sahaja menjamin keselamatan negara, malah ia juga akan memberi rahmat kepada kaum lain yang hidup bersama di negara ini.
“Orang Melayu perlu bersatu seperti mana ketika 1946 dahulu semasa membantah usaha untuk menubuhkan Malayan Union. Malah, kesatuan serta kesepakatan orang Melayu ketika itu juga yang menyebabkan ideologi pengganas komunis gagal meresap di negara ini.
“Ia (bersatu) merupakan asas kepada keamanan yang kita kecapi sepanjang 54 tahun negara merdeka. Kita sebagai rakyat dapat hidup dengan aman walaupun terdapat perbezaan bangsa serta agama, pembangunan negara turut berjalan lancar kerana keamanan ini.
“Jadi bersatulah. Hanya dengan bersatu, keselamatan kita akan terjamin dan negara sentiasa aman makmur,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Persidangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kedua di sini, hari ini…
Ulasan: Lupakan bersatu hanya atas dasar bangsa kerana akan berpecah lagi seperti sekarang. Bersatu kita cuma di atas nama agama Islam.
No comments:
Post a Comment