PUTRAJAYA 25 Okt. — Kelemahan pengurusan kewangan tujuh kementerian dan agensi kerajaan, akan dipastikan tidak berulang, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.
Beliau berkata, langkah-langkah penambahbaikan akan terus diperhebatkan untuk menjamin segala peruntukan yang diberi diurustabdir dengan berkesan.
"Saya tidak risau sangat bila Ketua Audit (Negara) beri pandangan sedemikian, saya risau jika masalah itu ada, tetapi Ketua Audit (Negara) tidak mahu beri pandangan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Laporan Ketua Audit Negara 2010 semalam menyebut tujuh kementerian dan agensi kerajaan berada pada tahap pengurusan kewangan lemah.
Tujuh kementerian dan agensi itu ialah Kementerian Kesihatan; Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air; Kementerian Pengangkutan; Lembaga Hasil Dalam Negeri; Jabatan Kastam Diraja Malaysia; Perbadanan Stadium Nasional; dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. — Bernama
Ulasan: Macam mana kalau Menteri tertentu kena jawab bagi pihak kementeriannya di Parlimen. Tapi seperti selama ini, laporan tinggal laporan kerana tiada tindakan disiplin/mahkamah. Menteri dan kroni senyum.
No comments:
Post a Comment