Monday, October 31, 2011

Niger undang pemberontakan jika serang Saif al-Islam

NIAMEY 30 Okt. - Niger mengundang pemberontakan daripada kaum nomad Tuareg di utara negara ini jika kerajaan Niger menyerah anak lelaki Muammar Gaddafi, Saif al-Islam kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di The Hague.

Saif kini dipercayai dalam perjalanan menuju ke Niger atau sudah pun berada di negara Afrika Barat ini, yang bersempadan dengan selatan Libya.

Niamey berjanji untuk menunaikan komitmennya kepada ICC tetapi penyerahan Saif kepada mahkamah itu boleh mencetuskan kekacauan di kawasan Sahara, di mana Gaddafi pernah memberi perlindungan kepada puak nomad yang bangkit memberontak menentang kerajaan pusat, yang menganggap Gaddafi sebagai wira…

Ulasan: Negara merdeka takutkan pemberontak? Sampai bila takut?



No comments: