Tuesday, October 25, 2011

Nasionalis punca murtad – Nik Aziz

Nazri Abdullah  

KUALA LUMPUR, 25 Okt: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan gejala murtad yang berlaku di negara ini adalah akibat tidak melaksanakan pemerintahan Islam.

Menurutnya, dengan mengambil fahaman nasionalis, menyebabkan manusia akan merasa lekeh kepada Islam dan akan mengagung-agungkan fahaman kebangsaan.

"Di Malaysia ni punca murtad adalah kerana nasionalis. Golongan nasionalis ini buat manusia rasa lekeh kepada Islam kerana mereka tolak Islam ambik kebangsaan.

"Daripada rasa lekeh ini lah timbul masalah menggelongsor luruh daripada Islam. Ini kita panggil murtad," katanya kepada Harakahdaily…

Ulasan: Faham kebangsaan ini tidak berupa menyelesaikan masalah yang kita ada. Ertinya di dunia terlepas dari redha Allah dan di akhirat tak akan di terima. Kita sangat-sangat rugi.


No comments: