Friday, October 28, 2011

Mencuri wang rakyat: ikan busuk bermula dari kepala

Ingat Muhyiddin, ikan busuk bermula dari kepala  
Harakahdaily  

KUALA LUMPUR, 28 Okt: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hendaklah menyedari bahawa kerajaaan yang dipimpin oleh Umno BN sekarang sudah pun gagal menguruskan hasil mahsul negara dengan berkesan.

“Umno digesa melihat kepada diri sendiri terlebih dahulu sebelum menuding jari kepada orang lain. TPM mestilah sedar bahawa busuk ikan itu sebenarnya bermula daripada kepala,” kata Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nazmi Nik Din.

Beliau mengulas arahan Muhyiddin agar tindakan disiplin atau hukuman setimpal diambil terhadap pihak yang terbukti melakukan pembaziran atau salah guna kuasa seperti dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 seperti mana yang dilaporkan dalam salah sebuah akhbar arus perdana hari ini.

Katanya, itulah akibatnya apabila negara dipandu oleh Umno, apabila Islam tidak dijadikan asas utama dalam kehidupan, maka perasaan takut kepada Allah dalam menguruskan harta orang ramai akan hilang.

"Hadis ada menyebut bahawa anggota badan (perbuatan manusia) kita akan jadi rosak kalau hati sudah rosak, dan sebaliknya kehidupan kita akan jadi sejahtera kalai hati kita sejahtera, persoalannya ialah sejauhmana perjuangan Umno dalam mendidik hati rakyat," kata beliau…

Ulasan: Nampaknya gentleman BN/UMNO mengundur diri dari perjuangan politik di negara ini kerana kewujudannya terbukti menyusahkan negara sahaja.

1 comment:

Anonymous said...

BN/ MCA/ MIC/ UMNO: Hati-hati bila bercakap! Jangan diuji kesabaran pegawai kerajaan. Jangan paksa pegawai kerajaan buka mulut!