Friday, October 14, 2011

Khazakhstan: Larang surau dalam pejabat kerajaan

ALMATY: Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev semalam meluluskan undang-undang ketat yang melarang surau dibina di dalam bangunan kerajaan, langkah yang dilihat bertujuan menyekat pengaruh militan tetapi dikecam ulama negara itu dan Barat. 
Nazarbayev, 71, memerintah Kazakhstan lebih 20 tahun sebagai pemerintah kuku besi sekular. Sehingga tahun ini, negara yang didiami seramai 70 juta penduduk Islam berusaha mengelak daripada keganasan yang dilihat berlaku di tengah Asia, negara bekas Soviet seperti Uzbekistan dan Tajikistan. 

Mufti Kanan Kazakhstan, Absattar Derbisali, berkata undang-undang ini akan mencetuskan kemarahan di kalangan umat Islam dan meningkatkan kegiatan militan…

Ulasan: Diktator akan mengikut jalan yang sama. Memerintah dengan polis sekeliling pinggang dengan akta yang kejam. Hujungnya pun sama. Bila kekejaman memuncak rakyat akan turun ke jalan. Dan bila rakyat sudah tak takut polis dan tentera. Diktator akan pergi terhina.

No comments: