Monday, October 17, 2011

Perlu peka caj telefon bimbit

KUALA LUMPUR 16 Okt. - Pengguna telefon bimbit dinasihatkan supaya peka terhadap caj yang dikenakan syarikat telekomunikasi bagi memastikan hak mereka sentiasa terjamin.

Presiden Persatuan Pembekal Kandungan Mudah Alih, Azli Paat berkata, sikap tidak ambil kisah terhadap caj perlu dihentikan kerana ia menyebabkan pengguna berasa terbeban.

''Selepas mengetahui caj, buatlah pilihan yang sewajarnya. Jika telefon talian tetap lebih menjimatkan jangan takut untuk membuat keputusan,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli panel membincangkan tajuk Syarikat Telco Untung Berganda, Pengguna Merintih Merana pada Forum Gerakan Kuasa Pengguna sempena Halal Fiesta Malaysia (Halfest) 2011 di sini hari ini...

Ulasan: Jangan sampai Syarikat Telco (Syarikat Komunikasi) Untung Berganda, Pengguna Merintih Merana.

No comments: