Ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat hari ini mempersoal ketiadaan Laporan Audit Negara semasa perbentangan Belanjawan 2012 baru-baru ini.
Menurut Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, beliau ada menghubungi pegawai di Jabatan Audit Negara semalam, yang terkejut apabila dimaklumkan ahli parlimen belum dibekal laporan itu.
“Pegawai jabatan itu terkejut dan menyatakan Ketua Pengarah sendiri berpuas hati kerana laporan berkenaan kerana ia siap lebih awal (berbanding tahun) lalu dan lengkap.
“Ini yang kita hairan. Di manakah sangkutnya laporan itu? Adakah di Parlimen atau berada di tangan menteri tertentu?,” katanya yang menyifatkan laporan berkenaan penting kerana ia melibatkan wang rakyat, pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini….
Ulasan: Tak mungkin Jabatan Audit Negara lalai menyediakannya. Orang berkepentingan? Semaklah orang politik BN/UMNO. Berbagai hal mungkin dilakukan seperti rakyat tahu. Beranikah SPRM masuk siasat?
No comments:
Post a Comment