Wednesday, October 12, 2011

Unifi dan Streamyx kenakan cukai 6% mulai 1 Januari

Harakahdaily  

KUALA LUMPUR, 11 Okt: Pengguna Unifi dan Streamyx akan dikenakan cukai perkhidmatan kerajaan sebanyak 6 peratus mulai 1 Januari 2012 nanti.

Hal ini disahkan sendiri oleh operator TM net yang ditugaskan untuk melayan pertanyaan pelanggan-pelanggan mereka, lapor blog really.tigaline.com.

Blog itu telah menyiarkan rakaman perbualan dengan operator TM bagi membukti perkara itu.

Ini bermakna, hanya cukai prabayar sahaja yang ditangguhkan oleh kerajaan ekoran bantahan yang dibuat oleh rakyat Malaysia baru-baru ini...

Ulasan: Bila kerajaan lemah, syarikat kroni jadi berkuasa.


No comments: