Thursday, October 13, 2011

Empat golongan sasaran utama murtad...

Empat golongan sasaran utama
SHAH ALAM 12 Okt. - Empat golongan di negeri ini dikenal pasti sering menjadi sasaran utama gerakan pendakwah Kristian untuk memurtadkan umat Islam.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali (gambar) berkata, mereka ialah golongan yang tidak berdaya, anak-anak muda, pesakit kronik serta golongan intelek yang diterapkan kefahaman berkaitan ajaran Kristian menerusi pendekatan Islamik.

"Golongan-golongan inilah yang saya dimaklumkan menjadi sasaran gerakan pendakwah Kristian memurtadkan umat Islam. Golongan tidak berdaya merujuk kepada orang miskin dan bermasalah.

"Bagi golongan muda pula ialah di kalangan yang tidak mempunyai keluarga, terabai dan tidak mempunyai matlamat hidup. 

"Pesakit-pesakit kronik pula ialah mereka yang terlantar di hospital dan diabaikan keluarga. Mereka (pendakwah) akan berkeliaran dan memberi perhatian kepada pesakit berkenaan dan pada masa sama mempengaruhi akidah pesakit itu," katanya selepas merasmikan Seminar Menangani Cabaran Kristianiti di Malaysia hari ini…

No comments: