Monday, October 31, 2011

Audit: Kalau negara lain, sudah lama BN dihukum

TEMERLOH, 30 Okt: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail berkata, jika di negara lain, kerajaan BN yang ada sudah lama dihukum oleh rakyat berikutan perbelanjaan boros dan tidak berhemat menguruskan wang negara.

Tambah Ahli Parlimen Machang itu, malangnya di negara ini rakyat seolah-olah tidak prihatin menyebabkan penyelewengan dan ketirisan makin menjadi-jadi walaupun setiap tahun ditegur oleh Ketua Audit Negara.

“Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2010 yang baru kami ahli-ahli parlimen terima minggu lalu mendedahkan pelbagai kepincangan pengurusan dalam agensi kerajaan.

“Sebagai contoh Giat Mara membeli gula 150 kilogram dengan wang sebanyak RM25,000, ini bermakna gula yang berharga RM2.30 menjadi RM170 sekilo. Teropong untuk tentera laut yang berharga sekitar RM3,000, mereka beli RM56,000.

“Dilaporkan, terdapat komputer bernilai RM160 juta rosak dimakan anai-anai. Manakala ada projek pelihara lembu dengan dana kerajaan RM250 juta milik suami seorang menteri, rugi dengan hanya sembelih 20 ekor sehari,” katanya semasa berceramah di Tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau di sini kelmarin.

Turut berceramah ialah Ketua Penerangan PAS Pusat yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan bloger Hishamuddin Rais….

Ulasan: Rakyat kini ada alasan kukuh untuk merehatkan BN/UMNO daripada memerintah negara. Biarkan BN/UMNO melihat betapa Pakatan Rakyat boleh menjadi kerajaan persekutuan tanpa menyelewengkan wang rakyat. SPRM akan di perkasakan.

No comments: