Monday, October 31, 2011

Mansuh PPSMI bukan sekelip mata

PENAMPANG 30 Okt. - Keputusan memansuhkan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) bukan dibuat sekelip mata tetapi sebaliknya selepas mengambil kira pelbagai faktor kelebihan dan kekurangan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa ia juga dibuat selepas meneliti secara mendalam suara 5.3 juta pelajar dan ibu bapa, hampir 500,000 guru di 10,000 buah sekolah seluruh negara dan tenaga pakar melalui rundingan meja bulat.

Menurut beliau, segala maklum balas, kajian dan data ini diperoleh sejak PPSMI dilaksanakan di seluruh negara terutama mengenai kesan, pencapaian dan keupayaan kerajaan menyediakan tenaga guru mencukupi. 

"Ia bukan buat keputusan hanya kerana nak buat keputusan. Semuanya sudah dikaji secara mendalam, bukan dibuat secara terburu-buru.

"Kita hormati Persatuan Ibu Bapa untuk Pendidikan Malaysia (Page) yang kononnya mendapat sokongan daripada 75,000 ibu bapa tetapi kerajaan juga mempunyai pandangan," katanya…

Ulasan: Jepun dan Rusia hebat bukan kerana bahasa Ingerisnya.



No comments: