Thursday, December 03, 2009

AS tambah 30,000 askar

WEST POINT 2 Dis. - Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama mengumumkan di White House malam tadi untuk menambah seramai 30,000 tentera AS di Afghanistan bagi memerangi Taliban, meskipun rakyat Amerika semakin pesimis mengenai perang itu.

Beliau juga meminta komitmen tambahan daripada sekutu-sekutu AS, selain berikrar untuk mengukuhkan hubungan dengan Pakistan yang didakwa menjadi pangkalan pejuang al-Qaeda dan Taliban.

Program itu dijangka menelan kos sebanyak AS$30 bilion (RM102 bilion) bagi tahun pertama sahaja.

Berikutan pertambahan askar itu, bilangan askar AS di Afghanistan akan meningkat tiga kali ganda sejak Obama menduduki White House pada Januari lalu.

"Saya tidak mengambil keputusan ini dengan sewenang-wenangnya. Saya membuat keputusan ini kerana keselamatan kita terancam di Afghanistan dan Pakistan," kata Obama ketika berucap di Akademi Tentera AS di West Point malam tadi untuk mengumumkan strategi baru beliau bagi Afghanistan…

Ulasan: Selamat datang wahai tentera AS untuk pulang dengan keranda atau memeluk Islam.
Maha Suci Allah yang memperkenankan doa dari orang yang tertindas.

No comments: