Wednesday, December 30, 2009

Cadangan Suruhanjaya Diraja siasat Dr. M ditolak

KOTA KINABALU 29 Dis. - Kerajaan tidak akan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan seorang penulis Barat kononnya bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah membazirkan RM100 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penubuhan suruhanjaya bebas berkenaan tidak sesuai kerana tuduhan tersebut merupakan kandungan sebuah buku.

"Ada saja saranan ditubuhkan suruhanjaya diraja, tetapi dalam hal ini, tidak wajar dicadangkan suruhanjaya diraja ditubuhkan semata-mata kerana ada orang menulis sebuah buku.

"Apa yang penting adalah kita melihat masa depan. Semua Perdana Menteri telah memberi sumbangan yang besar sehingga membolehkan masyarakat kini menikmati pelbagai kemajuan. 

"Jika tidak, Malaysia tidak akan menjadi maju seperti sekarang sehingga dianggap sebagai satu contoh," katanya…

Ulasan: Siasat kenapa tak siasat? Polis ada. Pencegah Rasuah pun ada. Tapi semua pula di bawah PM. Prinsip yang perlu rakyat pegang: Semua Perdana Menteri boleh memberi sumbangan yang besar tanpa membazirkan wang negara. 



No comments: