Thursday, December 17, 2009

Hukum rejam kepada penzina..kejamkah?

Hukum rejam sampai mati kepada penzina..kejamkah?

Sekumpulan 'militan Islam' memaksa penduduk melihat mereka merejam seorang lelaki sehingga mati kerana berzina di Somalia, lapor sebuah akhbar semalam. 

Kenapa perkataan militan digunakan bila ada kumpulan yang menghukum pesalah dengan hukum Allah..mengikut syariat Islam..bukankah hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah adalah wajib hambanya patuhi..

Pagi tadi TV1 dalam rancangan SPM..bahagian segmen tajuk2 akhbar pengulasnya menyatakan hukuman rejam sampai mati yang dibuat di Somalia itu adalah kejam...bila orang pertikaikan hukum yang Allah buat samalah dia pertikaikan Allah..siapa kamu untuk pertikaikan Pencipta kamu..cakap ikut sedap mulut tak guna ilmu..tak guna akal..ummi rasa ramai yang boleh tentukan apakah hukumnya kepada hamba yang pertikaikan perintah2 Allah..tu pasallah umat Islam sekarang ini terima macam2 bala...buat perkara yang Allah larang...tolak yang mana Allah suruh.. 

Di Somalia hukum Allah dilaksanakan walaupun belum menyeluruh.. Di Malaysia yang mengaku sebagai negara Islam apa cerita...?

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kepada Allah dan pada hari kemudian.Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukumun terhadap mereka sekumpulan dikalangan orang-orang yang beriman” (An-Nur:2, al Quranul Karim)

Pada zahir ayat ini menerangkan akan ketetapan hukuman keatas penzina–penzina iaitu 100 sebatan rotan tetapi telah ditetapkan di dalam Sunnah yang Qat’ie dan penzina yang belum berkahwin dan yang telah berkahwin. Adapun hukuman bagi penzina yang telah berkahwin ialah direjam dengan batu sehingga mati mengikut Sunnah secara lisan dan perbuatan. 

Telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Mas’ud Bahawasanya Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam telah bersabda:

“Tidak halal darah orang-orang Islam kecuali belarkunya salah satu daripada tiga perkara iaitu orang yang telah berkahwin berzina, orang yang membunuh dengan sengaja dan keluar daripada agamanya juga berpecah daripada jamaah orang-orang Islam”

Allah S.W.T telah memerintahkan sekumpulan daripada oraang-orang yang beriman untuk melakukan penyaksian ketika hukuman itu dijalankan adalah kerana untuk memberi peringatan, nasihat dan pengajaran. 

http://haninasution.blogspot.com/2009/12/hukum-rejam-sampai-mati-kepada.html

No comments: