KUALA LUMPUR 14 Dis. - DAP serta kaum minoriti di negara ini sepatutnya berterima kasih kerana mereka diberi status kerakyatan secara jus soli iaitu kerakyatan sama rata iaitu taraf kerakyatan yang diberi berdasarkan tempat kelahiran tanpa mengira bangsa dan keturunan dan bukannya mempersoal ketuanan Melayu.
Penganalisis politik yang juga tokoh akademik, Prof. Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, perbuatan yang berterusan mempersoalkan ketuanan Melayu adalah perbuatan biadap dan tidak menghormati kaum Melayu sebagai teras bangsa Malaysia.
"DAP sepatutnya bersyukur kerana diterima sebagai rakyat Malaysia melalui kaedah jus soli. Di China, kerakyatan ditentukan berdasarkan darah keturunan dan jika negara mengamalkan dasar yang sama, DAP dan kaum minoriti di negara ini adalah sekadar pendatang," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini…
Ulasan: Selalunya pihak minoriti yang kerap menyoal pihak majoriti kenapa tak di berikan lagi haknya. Tetapi pihak majoriti di Malaysia adalah terlalu baik padahal kalau ini di suarakan di China atau di India cukup untuk memakan korban puluhan atau ratusan rakyat. Orang Cina dan India wajar SEDAR DIRI bahawa orang Melayu sebenarnya baik hati untuk berkongsi negara Melayu dengan pendatang lain dan memberikan warganegara.
Untuk mendapatkan kemerdekaan negara dari penjajah Inggeris orang Melayu telah banyak berkorban rasa dan zahir.
No comments:
Post a Comment