KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan tiada pegawai tinggi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terbabit dalam kehilangan dua enjin pesawat tempur F-5E dua tahun lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata siasatan tidak menemui pembabitan pegawai dalam kes berkenaan, kecuali tiga anggota bawahan dan seorang awam yang menjadi ejen menjual enjin itu.
“Tiada pegawai tinggi tentera terbabit seperti yang dilaporkan sebelum ini. Justeru, polis berharap tidak timbul apa-apa lagi selepas ini. Buat masa ini, hanya empat suspek dikenal pasti, masing-masing tiga anggota tentera dan seorang ejen.
“Kita sudah menahan mereka tetapi dibebaskan dengan jaminan sehingga pendakwaan,” katanya dalam temuramah khas bersama beberapa pertubuhan media, di pejabatnya di sini semalam.
Ia sebagai mengulas laporan Berita Harian sebelum ini terhadap misteri kehilangan dua enjin jenis GE J85 21-A bernilai RM100 juta ketika diselenggarakan, masing-masing di Skuadron ke-12 Scorpion Butterworth dan Pangkalan Udara Kuala Lumpur…
Ulasan: Betul ke? Nampaknya selamatlah jerung-jerung TUDM di bawah siasatan PDRM. Siapakah Menteri Pertahanan sewaktu kecurian itu berlaku? Bilakah menteri di Malaysia akan letak jawatan seperti apa yang berlaku di negara maju? Kena tunggu sampai BN kalah barulah budaya berubah.
No comments:
Post a Comment