KUALA LUMPUR 31 Dis. – Gereja Katolik dibenarkan menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mingguannya, Herald - The Catholic Weekly setelah Mahkamah Tinggi berpendapat bahawa setiap individu mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan Allah.
Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Lau Bee Lan ketika membenarkan permohonan tersebut berkata, Gereja Katolik selaku pemohon mempunyai hak untuk berbuat demikian di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Menurut beliau, Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa menjadi satu kesalahan bagi seseorang bukan Islam untuk menggunakan perkataan Allah kepada umat Islam untuk menyebarkan agamanya.
Bagaimanapun, katanya, ia bukanlah satu kesalahan bagi bukan Islam menggunakan perkataan itu sesama mereka bagi tujuan agama mereka.
Hakim tersebut juga bersependapat dengan pemohon bahawa Artikel 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Islam selaku agama rasmi tidak memberi kuasa atau membenarkan Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia menghalang gereja tersebut daripada menggunakan perkataan Allah.
Penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan itu juga, menurut beliau, merupakan sebahagian daripada hak untuk bersuara sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan…
Ulasan: Tiba-tiba orang Kristian bersusah-payah untuk mendapatkan mahkamah memutuskan bahawa Allah adalah juga nama Tuhan mereka. Allah yang sifatnya persis Surah Al-Ikhlas iaitu Allah, Yang Maha Esa, Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu, yang tiada beranak dan tidak pula diperanakkan dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia. Dan Allah cuma mengiktiraf agama Islam.
Ulasan pembaca di blog http://mummyrokiah.blogspot.com/2009/12/apa-dah-jadi-ni-allah-pun-mereka-heret.html agak menarik:
Short term mmg nampak merugikan kite umat Islam di Msia. Tapi percaya lah....long term, Insya Allh berbondong2 mereka ini akan kembali ke pangkuan Islam.
Selami ini mereka pun menyangka bahwa kita dan mereka menyembah Tuhan yg berlainan. Tetapi sekarang jelas kpd semua pihak bahwa sebenarnya kita semua (Muslim dan Kristian) menyembah pada Tuhan yg sama.
Tetapi yg membezakan kite dan mereka adalah kite masih berpegang pd akidah Islam yg fitrah yg asal yg terpelihara sedang mereka telah dirosakkan akidah oleh ulamak2 mereka.
Perkara ini akan menjadi makin jelas suatu hari kepada mereka dan jgn pelik mungkin 5 atau 10 tahun nanti, mereka pula yg akan menarik balik penggunaan Allah dari Bible mereka.
No comments:
Post a Comment