Tuesday, January 26, 2010

Kelantan jangan berkonfrontasi. Kerajaan BN boleh?

Kelantan jangan berkonfrontasi
KOTA BHARU 25 Jan. – Kerajaan negeri Kelantan tidak harus mengambil pendekatan berkonfrontasi apabila menolak cadangan kerajaan Pusat untuk bersama-sama menyertai jawatankuasa wang ihsan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed (gambar) berkata, tindakan tersebut tidak akan menguntungkan rakyat kerana kerajaan Pusat telah menghulurkan kerjasama untuk membangunkan negeri ini.

Oleh itu beliau berharap, kerajaan negeri akan menerima tawaran supaya wakil daripada kerajaan negeri berada dalam Jawatankuasa Wang Ihsan bagi menentukan pengagihan peruntukan tersebut.

“Kita tidak harus mempolitikkan isu ini dan mengambil pendekatan yang sentiasa berkonfrontasi. Ada perkara yang boleh untungkan rakyat harus ada persefahaman (di antara Pusat dan negeri), tetapi keputusan kerajaan negeri itu hanya akan merugikan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Apresiasi Tinta Media 2010 dan penyampaian hadiah pertandingan boling di antara Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan Media Kelantan di sini malam tadi.

Ulasan: Apakah guna diwujudkan kontrak diantara dua pihak yang berkontrak iaitu Kelantan dan Petronas dulu kalau tak mahu melaksanakan tanggungjawab perjanjian? Kelantan boleh saman Petronas kerana mengengkari kontrak yang ada. Kerajaan BN bukan pihak yang berkontrak dan tidak ada hak untuk masuk campur. Royalti adalah hak Kelantan dan Petronas bertanggungjawab membayarnya seperti perjanjian asal. Kerajaan BN sila ke tepi, beri laluan kepada Petronas membayar kepada Kelantan. Atau batalkan saja Akta Kontrak dari muka bumi Malaysia!

No comments: