Tuesday, January 26, 2010

Bosnia : Tragedi & Iktibar Untuk Umat

Ringkasan senario tragedi umat Islam di Bosnia seperti berikut : 

1. Islam telah masuk ke Eropah seawal zaman para Sahabat ra. Di zaman Uthman Affan, Islam telah mula menguatkan Angkatan / Armada Laut-nya ke arah menguasai Laut Medditerranean, Laut Hitam dll. Kesemuanya melingkari benua Eropah.

2. Tahun 1543M, kota Constantinopole, ibu benua Eropah Timur yang kebanyakannya bermazhab Kristian Ortodok jatuh ke tangan Khilafah Uthmaniah pimpinan Sultan Mohd Al-Fateh, lalu Islam tersebar masuk ke Eropah Timur dengan pesat termasuk Greece, Bulgaria, Australia, Serbia, Bosnia (1463), Herzegovina (1482) dll. 

3. Tahun 1924M, Khilafah Islam runtuh. Kristian Eropah mula menguatkan kembali kedudukan mereka di Eropah, namun setelah ratusan tahun memimpin dan membimbing, jutaan umat Eropah menganut agama Islam. Komuniti terbesar umat Islam dalam sebuah negara Eropah ialah di Bosnia-Herzegovina dengan penduduk mencapai 6-7 juta orang. Ini berpotensi untuk membentuk sebuah Negara Islam berbanding umat Islam di negara-negara lain dalam Eropah.
4. Josip Broz Tito (dikenali sebagai Tito) memimpin kesatuan Yugoslavia (Serbia+Croatia+Bosnia Herzegovina+Montenegro) selama 35 tahun (1945-1980) dengan sistem Komunis, menghapuskan identiti agama dalam masyarakat. Akibatnya umat Islam hilang identiti, berkahwin campur tanpa mengenal agama, hidup dalam kejahilan dan maksiat. Ibu negara Yugoslavia ialah Belgrade, di Serbia. Oleh itu pusat negara, ekonomi, kekuatan dan kelengkapan ketenteraan terletak di Serbia. Ketokohan Tito (foto bawah) mampu menyatukan negara-negara dalam Persekutuan Yugoslavia. 

5. Kematian Tito pada tahun 1980 dan keruntuhan Komunisma pada 1991 di Soviet Union menyebabkan menyebabkan Yugoslavia diambang perpecahan. Semua negara didalamnya kecuali Serbia (Kristian Ortodoks) mahukan kemerdekaan. Serbia yang menganggap dirinya bekas negara Yugoslavia memberi amaran keras. Croatian (Kristian Roman) mengumumkan kemerdekaan lalu PBB menghantar Tentera Pengaman untuk mengelakkan peperangan antara Serbia/Belgrade dengan Croatia. Kemudian Bosnia-Herzegovina mengumumkan kemerdekaan dengan presidennya Ali Izzat Begovic yang terkenal fikrah Islamnya melalui bukunya “Islam Between East and West”. Saya kira sehingga ke hari ini, di zaman ini, tiada pemimpin tertinggi umat Islam yang boleh menulis Islam dengan jelas sebaik bukunya di atas. PBB tidak menempatkan Tentera Pengaman.

6. Pada 1992M negara Serbia menyerang umat Islam di negara Bosnia. Bahkan etnik Serbia dalam negara Bosnia turut menyerang jiran rumah sebelah mereka yang beragama Islam. Disebabkan kelengkapan dan kekuatan tentera Yugoslavia ada pada Serbia, geografi Bosnia yang terletak terkepung di tengah-tengah Yugoslavia (lihat peta), lebih 250,000 orang Islam dibunuh dan lebih 2 juta yang jadi pelarian, menyangkal angka 11,000 sahaja yang dibunuh seperti yang disiar Utusan 23 Ogos 2008 yang diciplak dari AFP yang cuba memutarbelit fakta.

7. Diakhir tahun 1994, bilangan Mujahideen terutamanya orang-orang Arab masuk ke Bosnia untuk berjihad menyelamatkan saudara seIslam mereka yang teraniaya. Mereka lebih tersusun dan berjaya dengan adanya bimbingan dan pimpinan para Mujahideen yang berpengalaman dalam Jihad di Afghanistan yang akhirnya meruntuh Soviet Union pada tahun 1991. 

8. Ditangan Mujahideen, bilangan tentera Serbia yang terbunuh dan pelarian Serbia semakin meningkat. Satu hari saya mendengar berita bilangan pelarian Serbia di saat itu mencecah 80,000 orang. Jika Barat berdiam diri, bukan sahaja Serbia dikalahkan, tetapi juga German, Perancis, Italy dll. Amerika (Bill Clinton) campurtangan dan menekan semua pihak yang bertelagah (Serbia+Bosnia+Croatia) agar menandatangani Perjanjian Damai Dayton. 

9. Perjanjian Dayton selain menegaskan “perdamaian”, ia juga meminta Kerajaan Bosnia menghalau keluar mereka yang bukan warganegara Bosnia dari bumi negara Bosnia, terutama warga Arab dikalangan para Mujahideen. Perjanjian ini dengan sendirinya menamatkan Jihad Islam yang sedang berputik di sana. 

Diantara detik sedih dalam hidup saya ialah apabila termeterinya Perjanjian Dayton, November 1995, ditandatangani sedang di medan para Mujahideen Arab sedang memenangi operasi demi operasi Jihad melawan tentera lengkap Serbia. Presiden Ali Izzat Begovich (Bosnia), duduk kanan sekali, ditekan hebat untuk tunduk di meja perundingan. 

Pengajaran-pengajaran yang boleh diambil dari Tragedi Bosnia adalah seperti berikut : 

1. Barat yang selama ini dilihat bertamaddun, moden dan terbuka tiba-tiba menunjukkan sikap dan tabiatnya yang sebenar dalam memusuhi Islam. Penyembelihan keatas umat Islam Bosnia berlaku di tengah-tengah benua Eropah yang dikatakan bertamaddun. 

2. Umat Islam hendaklah sentiasa berwaspada terhadap peningkatan kekuatan Ahlul Kitab, Yahudi dan Kristian kerana mereka boleh sahaja menyerang umat Islam pada bila-bila masa. Contoh lain ialah seperti yang berlaku di Ambon, Indonesia, di selatan Sudan dan sebagainya. 

3. Musuh-musuh Islam tidak akan memahami melainkan bahasa Jihad. Eropah dan Amerika tidak menghiraukan tangisan dan rayuan umat Islam Bosnia sejak bermula Tragedi ditahun 1992 melinkan setelah 500 orang Mujahideen berjaya mengalahkan tentera Serbia di satu demi satu pertempuran pada tahun 1995. Jihad ditamatkan pada November 1995 melalui Perjanjian Dayton. 

4. Islam sebenarnya satu aqidah dan kekuatan yang hebat. Hanya dengan 500 orang Mujahideen, seramai 30,000 tentera Serbia boleh dikalahkan. Apatah lagi nanti jika kesemua umat Islam berjumlah 1.5 billion bersatu dan berkualiti tinggi. Mengembalikan keagungan Islam adalah suatu yang tidak mustahil bahkan suatu kepastian, seperti yang dijanjikan Allah dan RasulNya. 

5. Pengalaman Mujahideen sepanjang Jihad di Afghanistan mengalahkan Rusia sangat bermenfaat di Bosnia. Oleh itu Amerika dalam usaha menjajah Iraq (2003), pusat tamaddun dan kekayaan Arab/Islam, mereka terlebih dahulu menjajah Afghanistan (2002) dan menyumbat Mujahideen di sana kedalam penjara Guantanamo. 

6. Tanpa penerangan secara langsung oleh kita kepada umat Islam, seperti masyarakat antarabangsa yang lain, umat Islam tidak akan memahami hakikat percaturan yang berlaku di dunia jika hanya bergantung kepada media resmi antarabangsa dan tempatan. Di sini letaknya peranan para Duat (Pendakwah) Islam. 

7. Walaupun sebelum perang, umat Islam Bosnia hidup seperti Barat, bernikah kahwin campur dengan Kristian Serbia dan Croatia, jahil agama, minum arak dan lain-lain maksiat, tiba-tiba mereka diserang oleh jiran mereka dari satu budaya tapi berlainan agama. Ini sangat mengajar mereka dan kita akan mahalnya harga Aqidah Islam sehingga ia dicemburui dan didengki oleh umat lain. “Dan mereka tidak berdengki melainkan umat Islam beriman kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji” (Al-Buruuj). 

Slobodan Milosevic, Presiden Serbia ketika serangan dan pembunuhan Serbia ke atas Bosnia (1992-95). Didokong Kuasa-kuasa Besar sepenuhnya, Rusia di depan dan Amerika (Clinton), England (John Major), Perancis (Mitterand) di belakang. Segala ratapan dan rayuan tidak dihiraukan. Lebih 250,000 orang dibunuh. Lebih 2 juta menjadi pelarian. Lebih 10,000 anak luar nikah dari para Muslimat Bosnia dilahirkan seawal 1993 (sembilan bulan selepas serangan). Yang memaksa beliau ke meja perundingan adalah kejayaan 500 orang Mujahideen Arab dalam Jihad Islami di bumi Bosnia (1995).

“Sesiapa yang mati, tidak pernah berperang dan tidak pernah berniat untuk berperang, dia mati dengan kematian Jahiliyah” (Hadis Sahih). 

Dulu Slobodan Milosevic diadili ala Barat pada tahun 2001, didapati bersalah oleh Mahkamah The Hague kerana melakukan jenayah perang terhadap umat Islam Bosnia. Selepas itu dia dikatakan membunuh diri. Mungkin masih hidup … Kini Radovan Karadzic diberkas dan akan diadili ala The Hague. Biar apa pun hukuman ke atas mereka, ia sedikit pun tidak akan dapat menebus kerugian besar umat Islam di Bosnia, kesannya masih terasa hingga ke hari ini. Ia juga tidak akan dapat menebus kealpaan umat Islam lain yang tidak mengambil peduli apa yang berlaku ke atas saudara mereka seIslam. Tiada jalan keluar melainkan kita kembali kepada penghayatan Islam yang sebenar dalam diri dan keluarga, dan memperjuangkannya untuk masyarakat sekeliling dan umat yang lain agar bahagia di dunia dan Akhirat. Sekian. 

http://www.inijalanku.wordpress.com/

1 comment:

Anonymous said...

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0410&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm