Thursday, January 28, 2010

Dr. M: Pakatan tidak akan kekal

KUALA LUMPUR 27 Jan. - Gabungan pakatan pembangkang merupakan marriage of convenience (perkahwinan mutaah) yang tidak akan kekal lama, demikian bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengulanginya hari ini.

"Tidak ada apa-apa persamaan antara Pas, DAP dan PKR. Ia hanya marriage of convenience dan ia tidak kekal lama," katanya kepada pemberita selepas melawat I-City di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pergesaran antara Ahli Parlimen Kulim Zulkifli Noordin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dari PAS.

Ulasan: BN/UMNO tentu suka untuk melihat PR roboh dan ranap. Bermakna tidak lagi pencabar utama dalam politik Malaysia. Dapatlah BN/UMNO meneruskan cita-cita menjajah Malaysia sampai kiamat agaknya. Yang rugi ialah rakyat. Rakyat kena BERANI BERUBAH demi mencapai negara yang bebas rasuah.

No comments: