Thursday, January 14, 2010

Jangan dedah maklumat rasuah kepada umum

PUTRAJAYA 13 Jan. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bimbang dengan trend terbaru semakin ramai pihak yang membuat laporan kes rasuah mendedahkan maklumat mengenainya kepada umum. 

Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Abu Kassim Mohamed berkata, pihak berkenaan juga sengaja membawa media bersama mereka sebelum atau selepas membuat laporan berkenaan bagi mendapatkan publisiti. 

Sedangkan, tegas beliau, tindakan itu sebenarnya menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 29 (4), Akta Pencegahan Rasuah 1997. 

Katanya, mereka yang disabitkan kesalahan di bawah seksyen tersebut boleh dipenjara selama dua tahun atau denda sebanyak RM100,000. 

''Tindakan juga boleh dikenakan ke atas wartawan yang turut melaporkan maklumat-maklumat yang telah didedahkan itu. 

''Malah tindakan juga boleh diambil sekiranya pelapor berkenaan mendedahkan maklumat-maklumat tersebut dalam ceramah-ceramah," katanya pada sesi taklimat media di pejabat suruhanjaya itu di sini hari ini. 

Dalam aspek ini, Abu Kassim mengingatkan pihak tertentu supaya tidak menggunakan tindakan melaporkan sesuatu kes rasuah untuk memenuhi agenda sendiri.

''Mulai hari ini dan pada masa akan datang, kita mahu fenomena ini dihentikan. Ini adalah amaran terakhir," tegas beliau. 

Beliau berkata, peringatan itu dibuat kerana SPRM mementingkan soal keadilan dan elemen kerahsiaan melibatkan orang yang hendak disiasat…

Ulasan: Walaupun ramai pihak yang membuat laporan kes rasuah dan mendedahkan maklumat mengenainya kepada umum melalu media tapi kesnya TIDAK di siasat pun. Yang nampaknya suka dan seronok ialah kedua-kedua pihak iaitu perasuah dan penerima rasuah. 

No comments: