BERLIN 10 Jan. - Eropah mengharungi hujung minggu yang penuh kesukaran dengan sejumlah penerbangan dibatalkan dan lebuh-lebuh raya utama ditutup berikutan salji tebal yang melitupi kebanyakan rantau itu dengan para pegawai menggesa orang ramai supaya menyimpan bekalan keperluan.
Jerman dijangka akan menerima lebih banyak salji hari ini selepas salji sebanyak 25 sentimeter turun di utara dan tengah Jerman semalam.
"Kebanyakan kawasan di Jerman kini menjadi putih," menurut Tania Dressel jurucakap Perkhidmatan cuaca Jerman.
Rakyat Jerman telah diberi amaran supaya membeli keperluan makanan dan ubatan yang mencukupi untuk bertahan sehingga empat hari dalam menghadapi cuaca itu selain diarah agar berada di dalam rumah dan mengelak melakukan perjalanan yang tidak perlu.
Suhu dingin itu telah meragut banyak nyawa penduduk semalam…
Ulasan: Manusia sebenarnya makhluk yang lemah kerana tidak berupaya hidup dengan lebih selesa bila cuaca buruk.
No comments:
Post a Comment