Tuesday, January 26, 2010

Mesir pertahankan tembok...Israel gembira

Mesir pertahankan tembok

KAHERAH 25 Jan. - Presiden Mesir, Hosni Mubarak semalam mempertahankan tindakan kerajaannya membina tembok keluli bawah tanah di sempadan dengan Genting Gaza.

Beliau memberi alasan pembinaan tembok tersebut adalah untuk melindungi keselamatan dan kedaulatan negara ini.

"Kerja pembinaan dan pengukuhan di sempadan timur kita melibatkan kedaulatan Mesir. Kita menolak untuk mengadakan sebarang perbahasan mengenai isu ini dengan sesiapa pun," kata Mubarak dalam ucapan sempena sambutan Hari Polis.

Pemimpin Hamas yang hidup dalam buangan, Khaled Meshaal baru-baru ini menggesa Mesir menghentikan pembinaan tembok berkenaan. Hamas ialah pergerakan pejuang Palestin yang memerintah Gaza sejak Jun 2007…

Ulasan: Yang jelas ialah betapa seronoknya musuh bersama iaitu negara haram Israel dan menderitanya saudara se Islam dan paling tidaknya se Arab iaitu penduduk Palestin yang bergantung hidup berjihad melawan Israel dengan terowong sebelum ini. Bila musuh senyum besar dan bergembira bermakna Mesir telah membuat kesilapan besar.

No comments: