Friday, January 15, 2010

Britain, AS berpakat perangkap Saddam

LONDON 14 Jan. - Britain dan Amerika Syarikat (AS) telah berpakat untuk mendapatkan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke atas Iraq pada penghujung 2002 untuk 'memasang perangkap' ke atas Saddam Hussein, demikian menurut bekas ketua perkhidmatan awam Britain.

Lord Turnbull (gambar) berkata, idea sebuah resolusi sebagai kata dua kepada kerajaan Iraq dipersetujui oleh Presiden AS ketika itu, George W. Bush dan bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair di Camp David pada September 2002.

Resolusi yang diguna pakai pada November 2002, dibentangkan sebagai satu cubaan memaksa Iraq memenuhi kewajipannya melucutkan senjata bagi mengelakkan konflik ketenteraan…

Ulasan: Pengajarannya ialah jangan cenderung kepada musuh Islam. Saddam telah mati tapi Iraq masih jauh dari keamanan.

No comments: