Thursday, January 28, 2010

Wang ihsan Kelantan RM20j?

KOTA BHARU 27 Jan. - Rakyat Kelantan bakal menerima wang ihsan kira-kira RM20 juta selewat-lewatnya pada Mac ini hasil daripada perbincangan antara Kerajaan Pusat dengan syarikat petroleum negara, Petronas.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed (gambar) berkata, ia merupakan nilai lima peratus daripada jumlah keseluruhan hasil gas yang dikeluarkan di Medan Bumi Selatan, Blok PM 301 berdekatan perairan Kelantan sejak Mei 2008.

Beliau berkata, wang tersebut akan disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) sebelum diagihkan selepas jawatankuasa wang ihsan bermesyuarat dan menentukan jenis projek yang akan dilaksanakan.

"Ingin saya jelaskan bahawa jumlah tersebut melibatkan pengeluaran gas di Blok PM 301 sahaja manakala bagi Kawasan Pembangunan Bersama Malaysia Thailand (MTJDA) yang diusahakan sejak tahun 1979, Kelantan tidak berhak berdasarkan undang-undang laut di bawah konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Hasil yang diperoleh dan dikongsi bersama hanyalah sebanyak RM800 juta dan ini perlu dijelaskan hasilnya tidak boleh diberikan kepada Kelantan kerana ia merupakan kawasan pertindihan tuntutan dua negara," katanya…

Ulasan: Berkali-kali menyemak 5/100 x RM800juta = RM40 juta. Kenapa pula RM20 juta? Eloklah Kelantan tak payah terima pemberian wang ihsan itu kerana itu bukan haknya yang ada di dalam perjanjian asal. Kenapa pula kerajaan pusat BN/UMNO boleh buat sibuk? Pada hal, dua pihak yang memetrai perjanjian ialah Petronas dan Kelantan Negeri Kelantan. Kalau banyak songel, eloklah di hadapkan ke mahkamah. Kalau mahkamah kita rasa tak boleh berikan keadilan, boleh ke mahkamah dunia?

A

No comments: