S. Wahab
Skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) bernilai RM4.6 bilion telah mendedahkan kisah sebenar dibelakang konsep perkongsian kuasa BN.
Watak utama kontroversi ini ialah Kuala Dimensi Sdn. Bhd. yang membelitanah tersebut daripada Koperasi Kemajuan Pulau Lumut pada harga RM95 juta pada tahun 1999 dan kemudian menjualnya ke Lembaga Pelabuhan Klang pada RM1.1 bilion pada tahun 2003, meskipun wujud tentangan di dalam kerajaan terhadap pembelian pada harga tersebut.
Kerajaan boleh mengambilalih tanah tersebut di bawah Kanun Tanah Negara pada harga RM10 sekaki persegi, tetapi memilih untuk membelinya pada RM23 sekaki persegi.
Kuala Dimensi kemudian dilantik kontraktor untuk projek tersebut, dan telah melaporkan pertambahan kos sehingga RM3.3 bilion.
Projek ini yang kononnya hendak meniru kejayaan Jebel Ali Free Zone Authority (Jafza) di Dubai, telah mendedahkan kisah sebenar dibelakang konsep perkongsian kuasa BN memandangkan pimpinan pusat dan tempatan UMNO, seorang ahli Parlimen SPDP dan bekas Setiausaha Parlimen MCA terlibat di dalam salah satu peringkat projek ini.
Maka kerajaan tak sepatutnya terkejut dengan keputusan Jafza, yang mengurus PKFZ sebelum ini, untuk menarik diri pada Julai 2007 di atas sebab campurtangan politik dan birokrasi.
Sekali lagi, Perdana Menteri telah gagal menunjukkan ketegasan politik apabila beliau bersetuju dengan permintaan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy untuk pinjaman mudah sebanyak RM4.6 bilion untuk projek tersebut.
Ini merupakan satu ‘bailout’. Tambahan lagi, usul Pembangkang untuk membahaskan perkara tersebut di Parlimen ditolak.
Kedua-dua insiden ini menggambarkan bagaimana niat kerajaan yang kononnya hendak melakukan yang terbaik untuk negara tidak dapat mengatasi risiko yang mereka hadapi untuk menyelesaikan perkara ini.
Sementara itu, Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat didakwa menerima hadiah kek, seberat 10 kg bernilai lebih RM500, daripada menantunya di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
Dakwaan itu menuduh bahawa menantu Tuan Guru yang juga Ketua pegawai eksekutif PMBK Abdul Ariffahmi Ab Rahman, ketika menjawat ketua pegawai operasi perbadanan itu, meluluskan pembelian enam kek bernilai lebih RM3,000 September lalu kepada enam pihak, kata ketua penerangan Umno negeri.
Pihak yang mendakwa berkata isunya bukan pada harganya tetapi bagaimana (beliau) beli hadiah untuk diri sendiri dan bapa mertua? Tidak bolehkah guna duit poket sendiri?
Saya tidak berkompromi dengan rasuah dan penyelewengan, samada ianya besar atau kecil. Masalahnya ialah sisatan dan pendakwaan mestilah telus, adil dan professional.
Kita mahukan semua orang yang terlibat samada Perdana Menteri, Menteri Besar, Menteri dan sesiapa sahaja yang terlibat disiasat secara telus dan tidak memilih bulu.
Kita tidak mahu siasatan dan dakwaan hanya dilakukan kepada ikan bilis manakala jerung besar dipanggil untuk siasatan pun tidak.
Rakyat sudah muak dengan mainan dan drama berkenaan isu rasuah ini kerana akhirnya orang bersalah biasanya adalah pegawai, kerani, prebet dan sebagainya.
Menteri dan orang-orang besar terlepas. Sebagaimana kes rasuah dalam Umno tidak ada seorang pun orang atasan di dakwa di mahkamah walaupun terbukti mereka bersalah.
Hukuman yang dikenakan kepada mereka hanyalah gantung keahlian parti dan amaran sahaja.
Seperkara lagi saya mengharapkan pihak-pihak tertentu jangan bersifat memilih dalam melaporkan kes rasuah dan SPRM pula jangan memilih bulu untuk membuat siasatan.
Manakan sama RM4.6 bilion dengan RM500, walaupun saya tahu jika ada bukti kukuh kedua-duanya boleh dinyatakan sebagai rasuah.
Tetapi kita mesti faham kes yang melibatkan amaun yang besar dan hebat itu mesti diberikan keutamaan.
Rasuah tetap rasuah, salahguna kuasa tetap salahguna kuasa....itu memang tidak dinafikan.
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=24204:antara-kek-rm500-dan-skandal-rm46-bilion&catid=27:surat-pembaca&Itemid=46
Ulasan: Demikianlah orang politik BN/UMNO menyedut wang rakyat sejak memerintah negara.
No comments:
Post a Comment