Monday, January 11, 2010

Pembangkang perlu bertaubat

HULU SELANGOR 10 Jan. - Pembangkang diminta supaya bertaubat kerana sanggup memperjudikan kestabilan dan kemerdekaan negara dengan menjadikan isu kalimah Allah serta kejadian serangan ke atas gereja sebagai modal meraih sokongan politik walaupun sedar perkara itu boleh menyemarakkan api perkauman.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan pembangkang mengeskploitasikan isu itu sangat tidak bertanggungjawab kerana ia boleh meruntuhkan keharmonian dan kestabilan yang dinikmati sejak merdeka.

"Kalau pun hendak berpolitik, berpolitiklah dengan cara bertanggungjawab dan bukannya mengeksploitasi isu sensitif seperti ini. Saya menyeru kepada mereka (pembangkang) bertaubatlah kerana kesan daripada perbuatan ini sangat besar.

"Menuding jari mengatakan UMNO yang sengaja menimbulkan isu adalah satu tuduhan jahat kerana adalah tidak masuk akal kita hendak menghancurkan kestabilan yang telah dibina sekian lama oleh kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan ceramah pendidikan sempena program UMNO Juara Rakyat, di sini hari ini.

Hishammuddin mengulas tindakan pembangkang yang sejak bermulanya isu bantahan penggunaan kalimah Allah sehinggalah serangan gereja secara berterusan menuduh bahawa, kemelut yang timbul itu kononnya angkara UMNO…

Ulasan: Parti pembangkang mempunyai hak untuk melihat sesuatu yang berlaku dari sudut politik. Eloklah polis menyiasat kejadian serangan gereja itu. Sejak bila pula UMNO suka ajak orang lain bertaubat? 

No comments: