Friday, January 29, 2010

LPKP perjelas denda maksimum RM0.5juta

KUALA LUMPUR 28 Jan. - Bukan pemandu tetapi pengusaha atau pemegang lesen kenderaan awam yang menghadapi denda maksimum setengah juta ringgit!

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) hari ini menjelaskan denda maksimum sehingga RM500,000 hanya dikenakan kepada dua pihak terbabit, bukannya pemandu yang melakukan kesalahan.

Menurut lembaga itu, langkah tersebut bertujuan memastikan setiap syarikat bertanggungjawab terhadap pengurusan pemandunya seperti ditetapkan dalam Kod Amalan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (SHE).

"Nilai denda bergantung pada jenis kesalahan yang akan diperincikan dalam pindaan Akta LPKP 1987 dan penggubalan Akta Suruhanjaya Diraja Pengangkutan Awam Darat (SPAD)," ujar LPKP dalam kenyataan akhbar. 

Kenyataan tersebut laporan akhbar The Star kelmarin yang tidak yakin pemandu bas ekspres yang melakukan kesalahan mampu membayar denda maksimum sehingga RM500,000. 

Menurut LPKP, denda maksimum sehingga RM500,000 adalah antara cadangan meningkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam. 

Ulasan: Bila rasuah kecil dan besar bermaharajalela, undang-undang jadi mainan saja.

No comments: