Oleh: cglyn
Ini cara berpolitik baru. Semua pihak bebas untuk bersuara dan mempertahankan pendirian masing-masing. Baik YB Zul mahupun YB Khalid, dua2 pun pemimpin Melayu yang bijak dan berkarisma. Mereka ada hujah yang bernas untuk menyokong pendirian masing2.
Pakatan Rakyat terdiri daripada pelbagai golongan. YB Zul mewakili golongan Melayu Islam yang tidak mahu berkompromi soal penggunaan kalimah Allah. Sebagai wakil golongan ini, YB Zul sudah buat kerja dia bersungguh2. Golongan yang diwakilinya sudah pasti berpuas hati.
Cara terbaik, anjurkan debat antara mereka. Biar audien menilai dan memilih sendiri untuk memihak kepada siapa. Perdebatan ini tidak akan menjadi "kudis gatal" kepada Pakatan Rakyat. Yang penting setiap golongan diberi kebebasan untuk bersuara menyatakan pendirian.
Akhir kata, ambe merayu kepada PKR supaya tidak memecat YB Zul. Kita tidak mahu lagi kehilangan pemimpin Melayu yang berani dan tegas seperti mana kita pernah kehilangan pemimpin reformasi, Ezam dan Lokman.
http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=2045&mode=thread&order=0&thold=0
Ulasan: Eloklah PR menganjurkan DEBAT di antara YB Zul dan YB Khalid. Biar rakyat melihat kehebatan hujah mereka. Atau dengan kuasa yang kita ada, kita pancung lumat saja bakal pemimpin kita kini, tetapi apa yang kita dapat?
No comments:
Post a Comment