Wednesday, January 13, 2010

Pakistan cenderung kepada Islam

LONDON 12 Jan. – Pakistan dijangka menjadi sebuah negara yang lebih cenderung kepada Islam dan mempunyai sentimen anti- Amerika Syarikat (AS) semakin kuat pada tahun-tahun akan datang, sekali gus merumitkan usaha AS untuk mendapatkan sokongan Islamabad dalam kempen memerangi puak militan.

Bagaimanapun, tidak timbul kemungkinan Taliban mengambil alih kuasa di Pakistan atau negara itu menjadi negara kuasa nuklear pertama, yang gagal berfungsi sebagai sebuah negara berdaulat, menurut satu laporan yang disiarkan semalam mengenai perkembangan di Pakistan bagi tempoh satu hingga tiga tahun akan datang.

“Puak militan berhaluan Islam tidak dijangka mengambil alih kuasa, sebaliknya kita perlu melihat peralihan kuasa yang kurang ketara daripada masyarakat sekular pro-Barat kepada masyarakat yang cenderung Islam yang anti-Amerika,” kata Jonathan Paris, yang menulis laporan tersebut bagi Institut Legatum, pertubuhan penganalisis di London…

Ulasan: Pakistan cenderung kepada Islam? Sebenarnya tegaknya Pakistan pun kerana Islam. Pakistan berpisah dari India dulu pun kerana Islam. Tapi sayang, Islam tidak diamalkan sebagai satu cara hidup di Pakistan walaupun nama sebenar negara Pakistan ialah Islamic Republic of Pakistan.

No comments: