Wednesday, January 13, 2010

KDN akan ambil tindakan ke atas Anwar

PUTRAJAYA 12 Jan. - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengambil tindakan ke atas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim jika beliau sengaja menggunakan isu agama dan perkauman berhubung insiden serangan ke atas gereja.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, jika terdapat bukti dan laporan bahawa Anwar atau pihak-pihak tertentu sengaja menggunakan isu tersebut, mereka akan dikenakan tindakan tegas.

"Isu-isu berkait agama dan perkauman besar risikonya, tetapi kita menanganinya dengan bertemu untuk berinteraksi dengan pihak berkepentingan iaitu pengurusan gereja, bukan untuk melaga-lagakan tetapi tenangkan keadaan supaya kita stabil," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, majoriti rakyat sudah cukup matang dan tidak mahu melihat kekecohan atau polemik tetapi ada segelintir pihak yang cuba mempolitikkan isu serangan ke atas lapan buah gereja sejak minggu lalu.

Terdahulu beliau menghadiri majlis perhimpunan bulanan dan amanat tahun baru kepada warga KDN.

Hadir sama dua timbalannya, Datuk Wira Abu Seman Yusop dan Jelaing anak Mersat serta Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Mahmood Adam….

Ulasan: Eloklah bawakanlah Datuk Seri Anwar Ibrahim ke mahkamah supaya nanti terburailah lagi rahsia BN. Tapi kalau berani jangan gunakan ISA. 

No comments: