JOHOR BAHRU 10 Jan. - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan menahan sebuah bot tunda, Meisun T33 kerana disyaki membuang sisa pepejal di lokasi yang tidak diwartakan di perairan Tanjung Stapa di Pengerang, Kota Tinggi semalam.
Ketua Penguat kuasa Daerah Maritim Tanjung Sedili Wilayah Selatan, Komander Maritim Abdul Hadib Abd. Wahab berkata, Pusat Operasi Maritim (Pomar) Wilayah Selatan yang menerima maklumat tersebut kemudian menjalankan operasi bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk mengesan aktiviti tidak bertanggungjawab itu.
"Setelah beberapa hari intipan ke atas bot tunda itu dilakukan, aktiviti licik mereka berjaya dipatahkan dan akhirnya mereka ditahan pukul 2.30 pagi di kedudukan 3.4 batu nautika selatan Tanjung Stapa.
"Pemeriksaan mendapati terdapat 263,000 meter padu sisa pepejal di atas bot tunda itu dan semasa ditahan sebahagian lagi kami syaki telah dibuang ke dalam laut," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini…
Ulasan: Terima kasih kerana menyelamatkan negara ini dari menjadi tempat buangan sisa. Indahnya kalau rasuah tidak membelit negara.
No comments:
Post a Comment