PORT-AU-PRINCE 14 Jan. - Pemandangan menyayat hati dan keadaan panik menyelubungi suasana di ibu negara Haiti ini selepas negara ini dilanda gempa bumi kuat, kelmarin.
Mayat bergelimpangan di jalan raya, mangsa cedera terbiar tanpa bantuan dan kawasan sekitar bandar ini dipenuhui bangunan runtuh dan jeritan mangsa cedera meminta pertolongan.
Ambulans yang sibuk membawa penduduk yang cedera semalam terpaksa mengelak mayat yang bergelimpangan di jalan raya dan kumpulan lelaki yang berjalan kaki sambil membawa mangsa dengan pengusung.
Mangsa yang masih terkejut merayau-rayau dalam keadaan bingung, sesetengahnya melaungkan nama ahli keluarga, berdoa atau meminta pertolongan.
Mereka yang mengalami kecederaan duduk di tepi jalan dalam keadaan bingung, menantikan doktor yang belum pasti akan datang.
Helikopter pasukan pencari dan penyelamat berlegar-legar di udara, di atas mayat-mayat mangsa yang terlungkup dalam timbunan runtuhan dan keluli.
Di tempat lain penduduk yang diselubungi suasana panik merayu-rayu meminta bantuan…
Ulasan: Bersama-sama membantu mangsa bencana di Haiti.
No comments:
Post a Comment