Friday, January 08, 2010

Tindakan kerajaan untuk keharmonian negara

KUALA LUMPUR 7 Jan. - Sebarang tindakan yang diambil oleh kerajaan berhubung isu kalimah Allah bukan mementingkan soal menang atau kalah, tetapi untuk menjaga keharmonian dan ketenangan semua pihak.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom menegaskan, isu kalimah Allah bukannya satu perlumbaan untuk menang semata-mata tetapi demi menjaga keharmonian masyarakat majmuk di negara ini.

"(Dalam suasana masyarakat majmuk) jangan ada satu pihak yang gembira sementara satu lagi yang kecewa.

"Kita mahu keadilan serta memberi ketenangan kepada semua pihak dan juga negara," katanya.

Menurut beliau, apabila berlaku pertembungan sebegini, rakyat akan meletakkan keyakinan kepada mahkamah dan mendukung Perlembagaan Persekutuan serta pentadbiran negara.

Beliau berkata demikian selepas mengumumkan kutipan zakat 2009 Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berjumlah RM242 juta di sini hari ini…

Ulasan: Atau untuk menarik orang Melayu menyokong UMNO dalam PRU nanti.

No comments: