Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Mahmood Adam berkata, kajian terperinci mengenainya sedang dibuat dengan mengambil kira kepentingan faktor pelancongan dan keselamatan negara.
Katanya, ketika ini pemberian VOA kepada beberapa negara terutama yang terlibat dengan konflik dalaman serta miskin seperti Pakistan, Bangladesh dan Sri Lanka telah pun dihentikan.
‘‘Kerajaan sedang mengkaji kemudahan VOA yang pada asalnya diwujudkan untuk menjana industri pelancongan tetapi malangnya disalahgunakan oleh sebahagian pelancong,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kelmarin, Perdana Menteri mendedahkan mengenai 39,046 warganegara India yang ‘hilang’ di Malaysia selepas visa pelancongan mereka tamat tempoh dan perkara itu merupakan isu yang membimbangkan negara…
Ulasan: Jangan kerana laparkan duit pelancong warganegara sendiri jadi sengsara apabila mereka terlibat dalam masalah sosial dan jenayah.
No comments:
Post a Comment