Monday, January 04, 2010

Israel 'terlalu diberi muka'

RIYADH 3 Jan. - Arab Saudi menyifatkan Israel sebagai 'kanak-kanak yang terlalu diberi muka' kerana dibiarkan melanggar undang- undang antarabangsa dan melakukan jenayah perang tanpa dikenakan hukuman.

Menteri Luar Saudi, Putera Saud al-Faisal juga menggesa negara-negara di dunia supaya mengambil 'pendirian yang tegas dan serius bagi menamatkan dasar Israel memperluaskan kawasan penempatan haram Yahudi di wilayah Palestin dan di Baitulmaqdis'.

Kegagalan mencapai penyelesaian (terhadap konflik Asia Barat) berpunca daripada layanan istimewa yang diterima oleh Israel, kata al-Faisal dalam sidang media bersama dengan Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu, semalam.

"Apabila mereka melanggar undang-undang antarabangsa, negara lain dihukum tetapi tidak Israel...Israel sudah menjadi seperti kanak-kanak yang terlalu diberi muka dalam masyarakat antarabangsa.

"Israel bebas melakukan apa sahaja tanpa dipertanggungjawabkan atau dikenakan hukuman," kata al-Faisal…

Ulasan: Negara besar yang menyokong Israel sepatutnya dipersalahkan. Satu hari akan tiba bila kebenaran mengalahkan kekuasaan tentera mereka.

No comments: