Apabila Ilmu Diperdagangkan....
Penulisan saya kali ini adalah berkaitan dengan coretan saya bertajuk "Susahnya Hendak 'Forward'kan Pandangan Ke Atas...", dan "Dasar Sesebuah Negara Adalah Dinamik" yang diposkan pada bulan November 2008. Seperti biasa, coretan saya sekadar meluahkan perasaan yang terbuku di hati dan 'purely academic', tiada maksud untuk mengecilkan hati atau 'condemn' sesiapa!
Minggu lepas, semua staf UTM yang sedang menyambungkan pelajaran mereka, baik diperingkat Sarjana atau PhD dipanggil ke Dewan Senat. Yang Berbahagia Dato' Prof Naib Canselor menyampaikan amanat serta halatuju UTM kepada kami semua.
Dato' menyatakan kita perlu pastikan 2 lagi kekosongan Research University (RU), salah satunya mesti diisikan oleh UTM. UM, UKM, dan UPM sudah bertaraf RU, dan USM lagi hebat bertaraf Apex (Accelerated Programme for Excellence) University.
Menurut The Star Online, "Higher Education Minister Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin said with Apex status, USM will be expected to move up the World University Rankings with a target of top 200 in five years' and top 100, if not top 50, by 2020."
Antara kriteria yang dilihat untuk mencapai RU atau menaikkan 'ranking' sesebuah universiti ialah 'student:lecturer ratio' mesti kecil. Jadi untuk mengecilkan kadar ini, samaada kita menambahkan pensyarah atau mengurangkan bilangan pelajar 'undergraduate'. 'The easy way out is to minimise the number of undergraduate intake'.
Dato' juga ada menyebut pasal kita perlu menjadi 'boutique' universiti. Maksudnya, UTM bukanlah pasaraya yang semua orang boleh datang (beribu-ribu dari segi bilangan) tetapi hanya membelanjakan dua tiga ratus bagi setiap orang. "Biar 10 atau 20 orang yang datang ke UTM tetapi membelanjakan RM20,000 atau RM30,000 bagi setiap orang", ujar Prof Zaini.
Sudah jauh berbeza pandangan NC Dato' Zaini dengan NC Tan Sri Ainuddin Wahid. Kalau Tan Sri Ainuddin dulu, kita perlu ramaikan jurutera di kalangan bangsa Melayu. Biarlah kita jual barangan yang murah-murah tetapi mampu dimiliki oleh anak bangsa kita...
Sayugia diingatkan jasa Tan Sri Ainuddin Wahid, namanya diabadikan di Masjid Jamek Taman Universiti, di kala dia masih hidup!
Bukan senang untuk mendapat nama diabadikan sebegitu dikalangan mereka yang bukan berdarah raja atau terlibat dalam politik... Apatah lagi, di kala nyawa masih dikandung badan!
http://tokwae.blogspot.com/2010/01/apabila-ilmu-diperdagangkan.html
Ulasan: Bila pelajar undergraduate dikurangkan bermakna kuranglah pelajar tempatan samada bumiputera atau bukan bumiputera. Nasib kita adalah sama rupanya. Berikan tepukan kepada pemimpin yang sanggup menyusukan monyet di hutan , anak sendiri di rumah mati kelaparan.
No comments:
Post a Comment