Friday, January 08, 2010

Pelaksanaan bajet terpantas – PM

KUALA LUMPUR 7 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pelancaran operasi Klinik 1Malaysia hari ini merupakan satu rekod pelaksanaan bajet tahunan yang terpantas dan amat jarang dicapai sebelum ini.

Perdana Menteri berkata, dengan pelancaran Klinik 1Malaysia Kerinchi di Pantai Dalam di sini, sebanyak 44 buah Klinik IMalaysia memulakan operasinya di seluruh negara.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan tahniah kepada Kementerian Kesihatan kerana dalam tempoh kira-kira dua bulan sahaja cadangan mewujudkan Klinik 1Malaysia menjadi kenyataan.

Menurutnya, kejayaan itu sekali gus menterjemahkan gagasan 1Malaysia iaitu ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’.

“Hari ini kita bukan sahaja membuka klinik di sini tetapi sebagai tanda 44 klinik di seluruh negara memulakan operasinya dan ini bererti hampir semua sasaran dalam Bajet 2010 dapat dicapai dalam tempoh seminggu pertama 2010.

“Saya kira ini merupakan satu rekod bajet tahunan kerana dalam masa begitu pantas semua sasaran dicapai,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Klinik 1Malaysia Kerinchi di sini hari ini.

Ulasan: Tapi 2 enjin F5E hilang sewaktu seseorang menjadi Menteri Pertahanan pun rekod juga. Semua orang di JKR tahu, bila ada arahan tergesa-gesa dari paling atas, biasanya belanjawan bukan lagi priority, apa saja boleh di Bolehland ini.

No comments: